Peringatan Penerbangan 93 Shanksville,_Pennsylvania

Tugu Peringatan Kebangsaan Penerbangan 93

George W. Bush dan Laura Bush melawat Shanksville pada 11 September 2002.

Tugu peringatan sementara yang asal buat para penumpang dan kakitangan Penerbangan 93 terletak di sebuah bukit kira-kira 500 ela dari tempat hempasan. Pada 8 Julai 2010, sebuah tugu sementara dan dibuka di kawasan yang dipanggil "The Western Overlook." Di sinilah FBI mendirikan pusat kawalan dan pengunjung mula-mula melihat kesan hempasan dan membawa barang-barang peringatan sendiri untuk ditinggalkan di sini. Pembinaan Tugu Peringatan Kebangsaan Penerbangan 93 yang tetap, termasuk pusat pelawat, akan disiapkan menjelang ulang tahun ke-10 pada tahun 2011. Memorial ini akan dibina di sekitar tempat hempasan, mengikut laluan penerbangan pesawat, serta melindungi kawasan impak yang dikenali sebagai "Sacred Ground" yang hanya boleh dimasuki oleh sanak-saudara mangsa hempasan.

Tugu Peringatan Balai Bomba Shanksville

Para ahli bomba sukarelawan Shanksville serta kakitangan kecemasan dari bandar-bandar berdekatan di Central City, Somerset, dan lain-lain, bergegas ke tempat hempasan Penerbangan 93 United Airlines untuk mencari mangsa yang terselamat. Ahli bomba Bandar Raya New York mempersembahkan sekeping keluli berbentuk salib yang dibawa dari runtuhan World Trade Center kepada Jabatan Bomba Sukarelawan Shanksville. Dipasang di atas tapak berbentuk Pentagon, ia dipasang di luar balai bomba dan didedikasikan pada 24 Ogos 2008.[4][5]